Ramai doakan Siti Elizad hamil

KHABAR kehamilan dua pelakon, Puteri Aishah dan Uqasha Senrose antara perkembangan terkini yang membuat ramai peminat teruja.

Lebih-lebih lagi, isteri kepada aktor Kamal Adli, Uqasha sebelum ini pernah melalui dua kali keguguran. Lagilah buat semua orang tak sabar.

Perasaan sama turut dikongsi aktres, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin yang menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan terbabit.

Menyedari ‘kemunculan’ bekas penyampai radio Sinar FM itu dalam ruangan komen hantaran dibuat Uqasha, peminat dilihat turut mendoakan si cantik tinggi lampai itu untuk berpeluang hamil lagi.

Belum ada rezeki timang anak, Elizad juga pernah disahkan hamil selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), tetapi kandungannya hanya bertahan beberapa bulan.

Rata-rata menzahirkan kata-kata semangat kepada Elizad agar tidak patah semangat selain berdoa dia dikurniakan zuriat selepas hampir sembilan tahun berkahwin.

Mizz Lahar: Kasihannya bila dapat tahu ada aktor tak mengaku anak yang dijaga bekas isteri sebagai darah dagingnya. Tak baik tau.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok