SEMAKIN menjadi-jadi, pelakon Fatiya Latiff kini memetik nama penyanyi Ismail Izzani yang dikatakan pernah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan aktres Zarina Anjoulie.
Pendedahan tersebut dilakukan untuk membalas kenyataan Zarina yang dikatakan masuk campur urusan Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff dengan aktres Zahirah Macwilson.
“Dah la kau ‘tut’ (melakukan perbuatan tak senonoh) dengan Ismail Izzani dan saya bercakap perkara berdasarkan fakta.
“Aku tidak takut nak cakap benda betul. Tiba-tiba cakap hati busuk. Siapa hati busuk? Siapa masuk campur? Siapa yang cerita pasal siapa.
“Siapa yang mengaku kawan ‘bestfriend’ sudah berbaik semula? Tiba-tiba kau nak kutuk aku,” katanya menerusi hantaran TikTok.
Bagaimanapun, pelakon drama popular Ariana Rose itu telah memadam hantaran yang dimuat naik pada awal pagi tadi.
Dalam masa sama, Fatiya, 36, menempelak Zarina yang mengeluarkan kenyataan melulu mengenai dirinya tanpa menyiasat kisah sebenar.
“Kau pun tidak tahu apa situasi aku dengan Zahirah. Kau tak tahu pun apa sebenarnya yang terjadi.
“Kau tidak tanya aku terlebih dahulu, tiba-tiba nak buat kenyataan,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, pemilik nama lengkap Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul mendedahkan sifat sebenar Fatiya yang berhati busuk dan selalu berprasangka tidak baik sepanjang menjalin persahabatan dengannya.
Tidak berdiam diri, Fatiya terus membalas serangan mendakwa Zarina mengmabil dadah dan menjalankan aktiviti tidak senonoh.
Difahamkan sebelum ini Anju dan Fatiya pernah berperang besar, namun berbaik semula selepas dua tahun bertelagah.
Sejak semalam kecoh mengenai ‘serangan’ bersiri Fatiya yang menyamakan wajah Zahirah seperti pembantu rumah atau bibik selain mendakwa aktres terbabit menjalani operasi bibir.
Fatiya turut menempelak Aiman yang juga bekas kekasihnya dalam video siaran langsung dimuat naik semula di TikTok sebagai lelaki yang tidak mempunyai kewangan kukuh. – HIBGLAM