[VIDEO] Saya hadir untuk sokong sepupu, bukan tengok Aliff! – Sophia Albarakbah

PETALING JAYA – Pelakon, Sophia Albarakbah menafikan kehadirannya ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad adalah untuk memberikan sokongan buat salah seorang peserta yang juga penyanyi, Aliff Aziz.

Menurut Sophia, kehadirannya ke acara itu adalah untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk segmen GV Live+ pada hari tersebut.

“GV itu untuk apa? Siapa yang masuk Gegar Vaganza? Bukankah ramai artis yang masuk.

“Lagipun saya hadir pada hari tersebut untuk menyokong Aisha sebab dia buat persembahan,” katanya kepada HibGlam di sini, hari ini.

Sophia yang ditemui selepas Majlis Pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey turut menyangkal dakwaan bergegas pulang selepas persembahan Aliff yang menyampaikan lagu Kasih nyanyian asal Hetty Koes Endang.

Pelakon filem Miimaland itu juga menegaskan dia mempunyai hak untuk menghadiri sebarang acara hiburan termasuk konsert GV.

“Saya pulang sekitar pukul 11 malam selepas Aisha buat persembahan.

“Sebenarnya perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu pun sebab benda sudah lama berlaku.

“Saya juga ada hak untuk pergi menyokong sesiapa,” ujarnya.

Pada minggu ketiga GV10, kehadiran Sophia mencuri perhatian ramai kerana didakwa mahu menonton persembahan Aliff Aziz yang pernah terkait dengan kontroversi cinta lokasi.

Bagaimanapun, Aliff enggan memberi komen memgenai kehadiran Sophia kerana bimbang mencetuskan spekulasi.

Sekitar Januari lalu, nama Sophia meledak selepas penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff.

Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.

Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 2016, kini bahagia bersama sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Manakala, Sophia pada bulan lalu dilaporkan mengakui sudah putus cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. Doctor. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok