462
GARA-GARA terlibat dalam kemalangan skuter, anggota kumpulan Bae173 iaitu Bit terpaksa direhatkan sehingga pulih sepenuhnya.
Menurut laporan media Korea Selatan, Bit atau nama asalnya Noh Min-jae bertembung sebuah skuter pada awal pagi 27 Ogos lalu.
Kemalangan tersebut mengakibatkan kulit kepalanya berjahit kira-kira 2 sentimeter.
Berikutan kejadian itu, Bit dikejarkan ke bilik kecemasan dan menerima rawatan termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).