Hilang bapa, Shin Sung-rok berduka

BERITA duka dikongsikan pelakon Shin Sung-rok yang kehilangan bapa tersayangnya 8 Ogos lalu.

Berita tersebut disahkan pihak pengurusan, SY Entertainment yang memaklumkan bapa pelakon filem The Prison itu meninggal dunia pada waktu pagi.

Sung-rok kini sedang berkabung bersama keluarga dan melakukan persiapan pengebumian,” ujar kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mendiang bapanya dikebumikan di Seoul dan perarakan mengenang kematiannya berlangsung, baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok