ORANG kata, terdapat tujuh orang dalam dunia yang memiliki wajah sama dan mungkin Mira Filzah serta pelakon
baharu, Tracie Sinidol termasuk dalam kelompok tersebut.
Masakan tidak, wajah mereka didakwa sangat mirip sehingga ada yang mengatakan seperti pasangan kembar yang sebelum ini terpisah.
Orang kata dalam dunia ini ada tujuh individu muka sama. Betul ke?” kata pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman dalam Instagram.
Foto tersebut seterusnya mendapat pelbagai reaksi yang rata-ratanya teruja dengan kerjasama dua selebriti itu, malah ada juga meluahkan hasrat ingin bertemu dengan individu memiliki wajah seiras seperti Mira dan Tracie.
Selain Tracie, netizen turut ‘memetik’ nama pelakon Korea Selatan iaitu Park Gyu-young yang juga bintang naskhah popular, Celebrity kerana dikatakan memiliki wajah persis Mira.
View this post on Instagram