324
KERJA keras untuk meluncurkan mini album kumpulannya Zerobaseone membuatkan salah seorang anggotanya iaitu Kim Gyu-vin jatuh sakit.
Penyanyi itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit kepala yang berpanjangan.
Selaku pihak pengurusan, Wake One Entertainment tampil menjelaskan keadaan semasa artis naungannya itu.
“Selepas mengalami pening, Kim Gyu-vin kini sedang berehat untuk proses pemulihan.
“Dia juga akan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan terperinci dan menerima rawatan berdasarkan nasihat pakar.
“Jadi, kesemua jadual akan diteruskan sebaik sahaja kesihatannya kembali pulih,” katanya dalam satu kenyataan.