509
PENYANYI Son Dong-woon memohon maaf kepada peminat berhubung pengumuman perkahwinannya yang dibuat secara mengejut.
Disebabkan berita tersebut, ramai yang tidak boleh menerima hakikat bahawa penyanyi lelaki pujaan itu akan berkahwin dengan wanita pilihannya pada September ini.
Hal itu kerana sebelum ini anggota kumpulan Highlight itu tidak pernah terjebak gosip percintaan dengan mana-mana wanita.
“Saya rasa kalian berasa kecewa dan keliru kerana saya mengambil masa lama untuk mengumumkan berita perkahwinan.
“Sekarang saya ingin memohon maaf kepada semua atas kelewatan mengumumkan perkhabaran berkenaan.
“Sebelum ni, saya belum bersedia untuk bercerita perkara itu,” katanya dalam akaun media sosialnya.