Lepas kahwin Afifah Nasir ‘auto’ pandai masak

LEBIH sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon Afifah Nasir mengakui seronok berada di rumah sepanjang hari tanpa perlu keluar bekerja.

Kongsi Afifah atau Nur Afifah Md. Nasir, 31, perkara paling menggembirakan adalah dapat memasak untuk suami tercinta meski sebelum in ragu-garu dengan kemampuan diri.

“Seronok jadi suri rumah tangga. Saya suka duduk rumah, rasa macam ‘healing’ (tenang) sebab sebelum kahwin asyik  keluar menjalani penggambaran.

“Saya suka memasak. Keseronokan itu datang selepas kahwin. Dulu saya fikir tidak pandai memasak tetapi bila dah buat rupanya saya boleh buat,” kataanya menerusi TikTok.

Dalam masa sama, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu turut memberikan sokongan buat wanita yang risau tidak mahir memasak sebelum bergelar isteri.

“Selepas kahwin skil itu macam datang sendiri.  Jadi siapa yang tidak pandai masak sebelum kahwin,  percayalah lepas kahwin mesti boleh punya,” ujarnya lagi.

Pada 5 Mei lalu, Afifah sah bergelar isteri kepada Syed Hariz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok