Karina Aespa mahu jadi pramugari

SEBELUM terlibat dalam dunia seni dan menjadi penyanyi, anggota kumpulan Aespa, Karina rupa-rupanya pernah menyimpan cita-cita bergelar pramugari.

Bukan sekadar impian, Karina atau nama sebenarnya Yu Ji-min, 23, sudah membuat persediaan rapi dan mempelajari bahasa Mandarin di sebuah akademi.

Usaha tersebut dilakukan kerana mahu mempunyai kelebihan dalam berbahasa agar mudah berinteraksi dengan penumpang.

Sehingga kini, meski sudah kurang fasih berbahasa Mandarin kerana tidak menggunakannya dalam kehidupan seharian tetapi masih faham sekiranya ada orang berbual dalam bahasa tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok