Masuk hospital, Gaeun tangguh CSAT

AKIBAT sakit melampau di bahagian perut secara tiba-tiba, anggota kumpulan LimeLight, Gaeun dimasukkan ke hospital sekali gus menghalangnya daripada mengambil ujian College Scholastic Ability Test (CSAT) seperti dijadualkan.

Perkara tersebut disahkan agensi yang menaungi penyanyi tersebut menerusi media sosial dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan artis jagaan mereka.

“Gaeun mengalami sakit perut secara tiba-tiba dan kini sedang dirawat di unit kecemasan.

“Disebabkan demam panas dan tahap keradangan yang tinggi, dia telah memutuskan untuk tidak mengambil CSAT.

“Gaeun dinasihatkan untuk terus dimasukkan ke wad untuk sekitar dua hingga tiga hari, mohon semua peminat mendoakan yang terbaik buat idola kalian,” jelas agensi tersebut.

Selain Gaeun, idola lain di bawah pengurusan sama seperti Kep1er’s Yeseo, Rocket Punch’s Dahyun, Gong Yu-bin semuanya telah mengambil ujian CSAT pada 16 November lalu.

CSAT adalah peperiksaan mengukur kesediaan pelajar melanjutkan pengajian ke kolej dan satu keperluan asas untuk pelajar sekolah menengah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok