Tak ‘sebumbung’, Suho tetap kesayangan

BIARPUN tidak lagi menjadi artis bawah naungan SM Entertainment, anggota EXO tetap menjadi kesayangan apabila menerima kedatangan sebuah trak kopi kiriman pemilik label berkenaan, Lee Soo-man.

Terdapat mesej istimewa di atas trak yang bertulis ‘Dengan Penuh Berkat Untuk Cita-citamu Suho! Daripada Lee Soo-man’.

Perihal terbabit menunjukkan jalinan hubungan Soo-man bersama bekas artisnya masih lagi baik dengan memberikan sokongan buat penyanyi berusia 32 tahun itu.

Trak tersebut berada di luar Pusat Seni Persembahan Sejong semasa Suho menjayakan muzikal Mozart di situ.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok