Konsert tunda November, Jamal Abdillah berlapang dada

RAJA Pop, Datuk Jamal Abdillah mengesahkan konsert Malam Akustika Kekasih Awal dan Akhir yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September akan ditunda ke November berikutan isu teknikal.

Jamal berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai  penundaan konsert itu pada Jumaat lalu.

Walaupun dianjak ke November, saya terima dan berlapang dada kerana ia atas faktor isu teknikal.

“Buat masa ini saya masih menunggu perkembangan memandangkan penganjur juga belum membuat pengumuman rasmi.

“Hakikatnya, isu teknikal berlaku dalam mana-mana konsert. Ini perkara biasa,” katanya kepada HibGlam pada sidang sidang media Konsert Malam Akustika Kekasih Awal dan Akhir, semalam.

Pada masa masa, penyanyi Aku Maafkan itu menepis dakwaan jualan tiket menjadi punca mengapa tarikh konsert anjuran Shiraz Projects itu diubah,

“Saya difahamkan tiket sudah terjual lebih 600 keping membabitkan tempat duduk paling mahal iaitu RM995. Semua habis disambar pembeli.

“Jadi, dakwaan jualan tiket perlahan tidak benar sama sekali. Apa pun kita tunggu pengumuman,” katanya.

Menyentuh perihal konsert Malam Akustika Kekasih Awal dan Akhir di Johor Bahru pada 20 Oktober depan, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64, mengakui tidak sabar dan teruja mahu bertemu peminat di negeri itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penundaan itu dalam masa terdekat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok