Kenapa nak kecam? Saya mahu jadi lebih baik- Nadia Brian

Saya disua soalan tentang ciri-ciri bakal suami yang dicari, jadi saya beri kenyataan inginkan lelaki beragama, tetapi mungkin dalam penulisan ada penambahan perkataan sehingga mengundang kecaman ramai.

Itu respons pelakonan Nadia Brian apabila dihentam teruk netizen selepas mengeluarkan kenyataan mahu bersuamikan lelaki yang kuat pegangan agama.

Tegas pemilik nama lengkap Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu, sudah menjadi kemestian bagi wanita untuk mencari imam yang boleh membimbing mendapat reda Ilahi dan itu bukan suatu keinginan yang salah atau melampau batas.

Sebagai wanita, mestilah kita nak lelaki yang mampu membimbing selain boleh mengharungi susah senang bersama.

“Namun saya akui, untuk berubah sebenarnya bergantung kepada diri sendiri,” jelasnya tenang.

Wanita berusia 32 tahun itu berharap orang ramai tidak menjadikan kenyataan sebegitu sebagai bahan sindiran sebaliknya mendoakan yang baik- baik sahaja.

Saya tahu ramai kata saya tak sesuai dengan orang alim sebab pakaian, cuma apa yang boleh saya kata doa yang baik-baik, lagipun penampilan saya tidaklah keterlaluan.

“Jika kalian rasa keterlaluan, saya minta maaf, saya masih menjaga batas, tidak menganggu sesiapa dan tahu menjaga diri dan saya berniat nak berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Inisiatif saya mendekati agama seperti mengaji namun tidak pula saya berkongsi kepada orang ramai sebab benda baik ini biarlah saya sahaja yang tahu,” jelasnya usai sidang media pelancaran drama B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit, semalam.

Terdahulu, sebuah media melaporkan aktres kelahiran Kangar, Perlis itu ingin mencari calon suami kuat pegangan agama selain mempunyai latar belakang yang baik.

Susulan itu kenyataan itu, pelakon Ratu Kala Jengking itu dihujani pelbagai tohmahan netizen yang berpendapat impiannya tidak masuk akal dan tidak seiring dengan penampilan seksinya.

Wanita seperti Nadia juga dikatakan tidak sesuai dengan lelaki yang kuat agama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok