Kejar sampai dapat, Shila kini milik Ubai

PENYATUAN dua jiwa penyanyi, Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai MZ yang berlangsung serba indah di Ampang Boathouse tanggal 5 Ogos lalu cukup menyentuh hati ramai orang.

Pemergian ibu Ubai yang meninggal dunia akibat kanser seminggu sebelum majlis ijab kabul berlangsung mengundang sebak tetamu yang menyaksikan hari bahagia pasangan itu yang selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.37 pagi.

Namun, apakan daya kuasa Tuhan lebih besar daripada segala-galanya, selain perlu meneruskan majlis masih atas permintaan ibu, Allahyarham Rohani Jamal.

USAHA Ubai untuk mendapatkan Shila berhasil apabila dia tidak putus asa mendekati penyanyi wanita itu dengan pelbagai cara.

Pada majlis penuh bermakna itu, Ubai mengakui meminati pelantun lagu Selamanya Cinta itu sejak di bangku sekolah lagi. Pelbagai cara digunakan untuk mendekati anak kepada penyanyi Datuk ND Lala itu.

Ada satu hari saya tidak terlibat dengan sebuah program realiti, tetapi saya mahu juga sertai untuk mendekati Shila.

“Saya hanya merancang selebihnya Tuhan tentukan. Inilah perjalanan yang Allah aturkan untuk kami.

“Memang cantik. Usaha memang tidak mengkhianati hasil,” katanya mengenang memori itu.

Berkongsi lanjut, lelaki berusia 25 tahun itu mendedahkan, dia menjadi tempat luahan duka lara Shila ketika dalam proses pulih dari patah hati.

Katanya lagi, peluang mendekati penyanyi wanita itu lebih mudah apabila dia berjaya melakukan siaran langsung bersama Shila dalam aplikasi TikTok.

Masa mula-mula mendekati dia adalah dalam TikTok apabila kami sering bersiaran langsung bersama-sama. Dia pun baru healing (sembuh daripada luka) selepas yang lain hilang. Sayalah yang jadi pengubat.

“Saya nampak peluang mengurat Shila semasa mengorak langkah dalam bidang media sebagai orang di sebalik tadbir bersama Astro,” tambahnya lagi.

KESUNGGUHAN Ubai berjaya membuka pintu hati Shila untuk menerima jejaka itu.

Langkah Ubai untuk mengahwini Shila semakin cerah apabila memperkenalkan Shila kepada ibunya tahun lalu di konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sebagai langkah pertama memikat hati wanita itu.

Waktu kenal Shila, saya beritahu mak dan dia okey jika itu terbaik untuk saya. Jadi, saya terus rancang untuk kahwin. Mula-mula ajak mak pergi GV9 untuk melihat Shila.

“Mak cakap dia suka dengan Shila dan terima untuk kami bersama. Sejak dari itu mereka kerap berjumpa,” jelasnya lagi.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok