Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul ‘geng’ Honda?

NAMA pasangan sensasi, pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Opai memanas lagi. Kali ini, Fatin mengejutkan ramai apabil  berkongsi video memperlihat suaminya yang berbalut di kepala berada di atas katil wad sebuah hospital.

Dalam video tersebut, Fatin secara ringkas menulis, suaminya Opai atau nama lengkapnya Aliff Awang dipukul oleh geng pemilik kereta berjenama Honda.

“Kena pukul dengan geng Honda,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai kejadian mahupun perkongsian video kecederaan dan salinan laporan polis yang dikongsikan kepada umum.

Dalam pada itu, usaha Kosmo! menghubungi Fatin bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara tersebut tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Sementara itu, Opai pula dalam video InstaStory menjelaskan, nombor plat kereta mewah jenis McLaren iaitu QPA1 tidak digunakan di atas jalan raya dan hanya sekadar ‘hiasan’ untuk kenderaan mewah miliknya.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak hubungi pun, tiada surat mahupun panggilan telefon. Biasalah orang baru kahwin, mahu pakai nombor yang menarik dan cantik, letak nama sendiri.

“Atas jalan raya saya tak pakai pun nombor plat tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga memohon orang ramai berhenti menggunakan namanya sebagai pelaris video dalam mana-mana kandungan media sosial.

“Sudah-sudahlah menggunakan nama saya, bosanlah.

“Orang Malaysia pun sudah bosan dengar nama dan cerita saya. Mereka guna pun sebab mudah untuk viral, sebab apa? Sebab saya bagus,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang dikatakan merendah-rendahkan pemilik kenderaan bukan supercar dengan menggelarkan kereta tersebut sebagai najis. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok