Park Seo-joon sedang dilamun cinta?

Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Seo-joon kini dihebohkan sedang hangat bercinta dengan seorang YouTuber yang juga penyanyi jelita dikenali sebagai Xooos.

Seo-joon dan Xooos dikatakan sedang dalam fasa mengenal hati budi dan menjalin hubungan yang istimewa.

Malah, difahamkan mereka sudah pun saling memperkenalkan pasangan kepada rakan rapat selain berkongsi hobi dan minat yang sama.

Gambar mereka berdua bersama rakan-rakan ditambah pula dengan perkongsian momen sedang menjalani latihan fizikal menguatkan lagi spekulasi netizen yang berlegar dalam media sosial.

Bagaimanapun label, Seo-Joon, Awesome ENT tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut memandangkan hal sebegitu menjurus ke arah kehidupan peribadi mereka.

“Sukar untuk mengesahkan maklumat itu memandangkan sangat peribadi buat Seo-joon,” kata pihak Awesome.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok