DICEMUH gedik dan miang selepas menangis menerima sejambak bunga mawar merah daripada teman lelaki, pelakon Qistina Raisah menegaskan emosinya ketika itu bukan dibuat-buat untuk sengaja mencari perhatian.
Sebaliknya, Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd.Kamarol Azri, 17, berkata, dirinya sebak kerana terlalu terharu dengan usaha kekasihnya, Afiq Rosli, yang datang dari Johor Bahru semata-mata mahu memujuk selepas mereka bertikam lidah hampir dua minggu.
“Hampir dua minggu kami tidak bertegur. Tiba-tiba dia datang dari jauh buat kejutan.
“Tapi sebab masih marah, saya layan dia seperti tak wujud. Waktu sedang makan, dia hulur bunga dan surat.
Bila baca surat itu, saya menangis sebab terasa sangat bersalah. Dalam surat tu pun ada gambar kami masa mula kenal,” katanya.
Tambah pelakon filem Rahsia itu, dia turut menerima kejutan lain berupa gelang tangan yang dibeli khas buah hatinya itu.
Katanya, detik perkenalan mereka bermula sekitar setahun lalu ketika sama-sama menyertai sebuah festival makanan.
Bagaimanapun, video kejutan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, termasuk kecaman yang meminta Qistina memberi tumpuan kepada pelajaran dan berhenti ‘berdrama’ di usia terlalu muda.
Orang bagi bunga pun nak nangis macam dapat lamaran, gedik lah kau ni, macam kau sahaja yang dapat kejutan macam itu,” komen seorang netizen.
“Muda lagi adik oi, baik awak sambung belajar atau buat benda berfaedah, muda-muda sudah gatal nak bercinta,” tulis pengguna media sosial.
“Baru 17 dah macam bercinta 10 tahun. Belajar dulu dik, cinta boleh tunggu. Lagipun awak terlalu muda untuk hanyut dalam kisah cinta yang entah macam manalah pengakhirannya,” ujar netizen.
Terdahulu, Qistina mencuri perhatian selepas tular video memperlihatkan dirinya sebak menerima sejambak bunga mawar merah daripada teman lelakinya.
Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok, dia menitiskan air mata sambil memegang jambangan bunga, jelas tersentuh dengan kejutan romantik tersebut.
Namun, momen manis itu pantas bertukar hangat apabila Qistina secara terbuka mengaku pernah menjalin hubungan cinta dengan hampir 13 lelaki, sekali gus mengejutkan banyak pihak yang sekali gus menyifatkannya gedik dan miang. – HIBGLAM