BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila bakal kembali berduet dengan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris di pentas Konsert Tradisional Gema Bumantara pada 17 Oktober nanti.
Siti, 47, berkata, pembabitan Noraniza dalam konsert tersebut adalah atas kehendaknya sendiri.
Saya memang cakap dengan Kak Zie (pengurus) bahawa konsert ini perlu ada dan jemput Noraniza Idris.
“Rasa gembira dan maaf saya sebak kerana tidak tahu bila lagi boleh buat konsert tradisional terbesar seperti ini.
“Saya ingin mereka yang hebat ini terutama pejuang irama tradisional ada bersama-sama. Maaf, sebab itu saya beremosi,” katanya dalam nada sebak pada sidang akhbar dan pelancaran Konsert Gema Bumantara, hari ini.
Sementara itu, Noraniza atau mesra disapa sebagai Kak Ani mengakui gementar untuk kembali berduet dengan Siti mendendangkan lagu Hati Kama.
“Ya Allah, saya sebenarnya seram nak menyanyi dengan Siti Nurhaliza.
Sebab sudah 25 tahun kami tidak menyanyikan lagu Hati Kama secara duet, apatah lagi dalam sebuah konsert besar dengan format orkestra, saya sangat takut.
“Saya rasa sangat kecil di sisi Siti Nurhaliza,” ujarnya.
Terdahulu, lagu
Gema Bumantara yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dimeriahkan dengan persembahan Haziq Rosebi serta dua bintang Indonesia, King Nassar dan Lesti Kejora. – HIBGLAM
