Rindu gandingan ‘kacip’ Kak Lina, Rina Nose

SEIRING  rancaknya berlangsung program realiti Big Stage X Rocketfuel, media sosial juga meriah dengan pelbagai pandangan bukan sahaja nyanyai malah membincangkan konteks pengacaraan. 

Kali ini, ramai netizen meluahkan rasa rindu terhadap gandingan duo serasi, Elly Mazlein dan Rina Nose selepas melihat trend segelintir pengacara masa kini terlalu memaksa menjadi kelakar hingga terlajak batas.

Siapa rindu Kak Lina dan Rina? Dua orang ini kelakar sebab lawak mereka tak hambar, tak bingit dan paling penting tak memalukan atau memperlekehkan orang lain,” tulis seorang netizen.

Diva terpaksa mengangguk setuju. Gandingan Elly dan Rina cukup menjadi kerana spontan, cerdas dan tahu menjaga adab. 

Mereka mampu menghidupkan pentas tanpa perlu menggunakan bahan sensitif atau menjadikan individu lain sebagai modal jenaka. Itulah bezanya lawak ada kelas dengan lawak yang sekadar mahu viral. 

Harap stesen televisyen selepas ini lebih bijak memilih pengacara, biar berilmu, petah dan menghiburkan dalam masa sama. 

DIVA: Ngeri baca komen segelintir peminat BTS terhadap Shila Amzah. Marah pun biarlah berpada-pada, jangan hilang perikemanusiaan.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok