‘Pernah bercinta dengan orang depan baik, belakang macam setan’

INTIM dengan aktor sensasi Indonesia Jefri Nichol, pempengaruh Ameera Khan mendedahkan keluarga tidak pernah menghalang hubungannya, asalkan kebahagiaan dan keselamatannya terjamin.

Menurut Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, restu ibu bapa adalah keutamaan dan mereka juga memberikan kebebasan dalam memilih pasangan.

“Mama dan daddy akan restu siapa sahaja yang saya pilih, asalkan dia membuatkan saya bahagia dan rasa selamat.

“Jangan runsing tentang saya dan keluarga saya sebab alhamdulillah, ramai yang jaga dan pantau saya,” katanya menerusi sebuah video TikTok.

Adik kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa itu turut menasihati netizen agar tidak menilai seseorang berdasarkan luaran semata-mata.

Malah, Ameera juga sempat berkongsi pengalamannya yang pernah terluka kerana salah memilih pasangan.

“Dulu bercinta dengan orang yang dikatakan baik padahal perangai macam setan. Baik depan, setan di belakang.

“Yang sebelum ini bukan setan tapi perangai macam iblis. Tapi luaran orang tengok baik. Itulah, jangan mudah menilai orang.

“Jadi lebih baik tunjuk sahaja apa yang pernah awak buat dan apa yang tidak pernah, biar saya tahu. Kalau okey, saya akan terima. Jangan berpura-pura,” tegasnya.

Sebelum ini, heboh dalam media sosial apabila Ameera didakwa sedang hangat menjalinkan hubungan cinta Jefri Nichol yang kerap terpalit kontroversi kebelakangan ini.

Pun begitu, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti aktor tersebut dalam Instagram.

Namun, pada Mac tahun lalu, mereka dilihat semakin terbuka mempamerkan kemesraan dalam media sosial sekali gus mengundang rasa kurang senang netizen terutama selepas dia mengakui pernah meniduri lebih 20 wanita – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok