Hunter Schafer bakal gadis Bond transgender pertama?

NAMA pelakon transgender terkenal Hollywood, Hunter Schafer disebut-sebut sebagai bakal gadis Bond dalam filem terbaharu yang turut menampilkan Robert Pattinson sebagai James Pattinson. 

Hunter yang sebelum ini terkenal dengan drama bersiri Euphoria turut menjadi pilihan ramai untuk membintangi filem tentang ejen perisikan British itu. 

Ditanya adakah dia berminat untuk memainkan peranan watak ikonik itu, Hunter dengan senang hati bersedia menerima sekira ditawarkan watak sebagai gadis Bond. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siapa sahaja yang tidak mahu membawakan watak sebagai gadis Bond?” katanya. 

Biarpun nama Hunter menjadi pilihan ramai, namun ada segelintir peminat yang tidak bersetuju memandangkan dia adalah seorang transgender.

Ramai menyifatkan, watak gadis Bond seharusnya menjadi milik pelakon wanita sebenar. 

Selain Hunter, antara nama pelakon yang disebut-sebut sebagai ‘the next Bond girl’ termasuklah Zendaya, Margaret Qualley, Sydney Sweeney, Simone Ashley dan Jung Ho Yeon.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok