The Remarried Empress: Balas dendam penyondol dan suami curang

DEMAM K-drama kembali selepas The Remarried Princess mula ditayangkan di platform penstriman Disney+ sejak 3 November lalu.

Diadaptasi dari novel dan komik webtoon dengan judul sama, naskhah tersebut mengangkat tema curang, perebutan tahta, politik negara dengan latar kehidupan diraja serta bangsawan barat.

Naskhah 10 episod itu menjadi sebutan ramai apabila membariskan pelakon hebat seperti Shi Min-a sebagai Permaisuri Navier, Ju Ji-hoon (Maharaja Sovieshu), Lee Jong-suk (Putera Heinrey) dan Lee Se-young (Rashta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Plot ceritanya menyorot kehidupan Navier, seorang permaisuri yang serba sempurna, berpendidikan tinggi dan berjiwa mulia dalam memimpin empayar. 

Namun, kehidupan yang terlihat indah hanyalah dari luaran, hakikatnya suaminya sendiri berlaku curang dengan Rashta.

Momentum emosi penonton juga semakin tidak stabil apabila Putera Heinrey muncul mencuri hati Navier. Sejak detik itu, kisah cinta mereka semakin mekar sekali gus menjadi mencetus kepada wujudnya pelbagai momen air mata dan balas dendam.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok