SIAPA sangka, kemunculan Syamsul Yusof membuat kemunculan di pentas konsert The Journey of ‘Mawi World’ baru-baru ini, membuatkan ramai teruja sehingga ada yang berasa sebak!
Pada malam tersebut, Syamsul tampil membuat persembahan dengan Mawi menerusi lagu popular mereka iaitu Kalah Dalam Menang.
Meski sudah bertahun-tahun tidak membuat persembahan bersama, Syamsul berjaya memukau ramai dengan mendendangkan bahagian rap dengan bersahaja dan penuh bertenaga.
Melihat pujian ramai dalam media sosial, persembahan mantap tersebut ternyata pengubat kerinduan peminat yang sekian lama merindui mahu menonton Syamsul membuat persembahan pentas.
Bahkan, ramai turut menyuarakan hasrat dengan meminta Mawi dan Syamsul muncul dengan single duet baharu selepas ini.

