1
TENANG jiwa apabila dihidangkan dengan momen indah Nora Danish dan Betty Rahmad yang bertadarus membaca ayat-ayat suci al-Quran bersama.
Menurut Nora, tindakan tersebut merupakan usaha kecil mereka untuk menjadi insan lebih baik.
“Dua sahabat baik, belajar dan mengaji al-Quran bersama-sama.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami masih belajar, semoga langkah kecil ini membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
“Mari hafal bersama-sama,” katanya.
Ruangan komen dua selebriti tersebut seterusnya dibanjiri pujian daripada netizen termasuk rakan artis yang menjadikan mereka contoh untuk berubah menjadi lebih baik.
“Masya-Allah, mereka ini boleh dijadikan contoh terbaik.
“Ini namanya sahabat baik dunia dan akhirat,” kata netizen.

