Rasa nak hempas TV sebab Dian P. Ramlee, Keith Foo

BUKAN main membara lagi api kemarahan penonton setia slot MegaDrama Astro Ria setiap kali menonton drama terbaharu arahan Nur Ain Shariff berjudul Suamiku Anak Mak.

Sejak ditayangkan 26 Oktober lalu, drama tersebut  berjaya mencetuskan rasa geram dan kebencian di hati penonton setia drama itu. 

Rata-rata netizen mengakui lakonan mantap aktres versatil Dian P. Ramlee sebagai ibu mentua kejam bernama Mak Leha benar-benar membuatkan darah penonton mendidih sehingga ada yang mahu menghempas televisyen ke lantai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lakonan Emma Maembong  sebagai Zaraa yang menanggung derita selepas berkahwin dengan Haris lakonan Keith Foo menjadikan penceritaan konflik keluarga toksik itu bertambah rumit.

Naskhah air mata itu menjadi bahan bualan ramai sehingga tular dalam media sosial yang rata-ratanya tidak sanggup menonton kesengsaraan Zarra. Malah ada yang  berseloroh hanya mahu menanti episod kematian mana-mana watak antagonis.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok