IBARAT ‘sakit’ yang tiada penawarnya. Biarpun sudah empat bulan berlalu, pelakon Erysha Emyra mengakui masih bergelut untuk mengawal emosi setiap kali teringatkan bapanya, Allahyarham Datuk Zakaria Abd Rahman yang meninggal dunia pada Mei 2026.
Erysha, 27, bahkan mendedahkan keadaan menjadi menjadi tidk terkawal apabila turut mengalami serangan panik (panic attack) ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya yang juga pempengaruh Sofea Shra.
“Alhamdulillah sekarang dah okey cuma ada masa macam masih terasa sakit. Ada masa emosi saya okey untuk bercakap perkara itu. Tapi, kadang-kadang dia memang datang dan pergi begitu saja.
“Hari itu saya ada pergi majlis kahwin kawan baik saya, memang ingat nak pergi untuk berseronok. Itu kali pertama majlis nikah yang saya pergi selepas pemergian arwah bapa.
“Tapi tiba-tiba saya kena ‘panic attack’, rasa macam tak boleh bernafas. Kemudian saya keluar dari dewan sekejap untuk tenangkan diri semula,” katanya kepada HibGlam pada majlis pelancaran drama Viu Original, Dendam Bayangan, semalam.

