PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyangkal dakwaan kononnya mendampingi dan menjalinkan hubungan cinta dengan Datuk Seri Vida (DSV) hanya disebabkan kemewahan dan harta dimiliki usahawan sensasi itu.
Menurut Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fazli Yaakob, 48, dia sendiri mempunyai kerjaya dan duit tanpa perlu menumpang kekayaan sesiapa.
Siapa kata saya tak ada duit? Kalau lihat latar belakang keluarga saya, Alhamdulillah cukup daripada segi kewangan.
“Sebenarnya hubungan saya dan DSV bukan sahaja penyatuan dua jiwa dan keluarga tetapi juga empayar bisnes. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat, di sini, semalam.
Sementara itu DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, mendedahkan ada pihak yang tidak senang melihat hubungannya dengan pelantun lagu Asmara Ini itu.
Sebenarnya ramai yang dengki. Saya telah mengecilkan ‘circle’ saya. Saya hanya jumpa dengan orang-orang tertentu sahaja. Yang lain-lain tu bukan saya tak nak jumpa, tetapi alhamdulillah dijauh-jauhkan seketika ini. Sehingga masing-masing insaf.
“Mereka kata Datuk Fazley mahukan harta saya. Sebenarnya perkara itu tidak benar. Malahan Datuk Fazley yang kena beri harta kepada saya,” katanya sambil ketawa.
‘Saya kecilkan ‘circle’ sebab ramai dengki, kata Fazley mahukan harta, saya
Berlainan pula dengan Fazley apabila rakan-rakan selebriti memberi sokongan positif untuk dia teruskan hubungan dengan DSV.
Saya sebenarnya was-was dengan apa pandangan rakan-rakan artis, pelajar serta pengikut saya terhadap hubungan kami. Tetapi 99.9 peratus memuji dan mendoakan. Mereka kata tolong jangan putus,” kongsinya.
Fazley dan DSV juga meluahkan rasa syukur dan gembira apabila mereka dicalonkan sebagai pasangan terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat 2026.
Kepada penonton dan peminat Dida dan Vida, inilah masanya untuk anda buat kerja sikit. Undi kami,” kata DSV.
Terlanjur berbicara soal hubungan dua hati, ditanya bilakah hubungan ini akan dibawa ke fasa alam rumah tangga, kata Fazley dan DSV, mereka mahu memberi ruang terhadap pasangan BASS iaitu Syed Saddiq dan Bella Astillah terlebih dahulu.
“Biarlah adinda-adinda kami jalan dulu. Insya-Allah selepas mereka mungkin kami pula,” kata Fazley. – HIBGLAM
