OnlyFans ‘penyelamat’ Jessei Cave, raih RM80,000 sehari

SIAPA sangka watak Lavender Brown dalam francais Harry Potter menjadi antara kenangan manis buat Jessie Cave sebelum namanya suram sebagai pelakon.

Namun, siapa sangka platform OnlyFans muncul sebagai ‘penyelamat’ ketika karier lakonannya semakin suram apabila aktres berusia 39 tahun itu mendedahkan mampu meraih RM80,000 sehari menerusi platform berkenaan.

Dia menyertai OnlyFans pada 2025 ketika berdepan kemelut kewangan bersama tunang, komedian Alfie Brown dan empat anak mereka.

Lebih mengejutkan, Cave pada awalnya hanya menyasarkan RM20,000 bagi membolehkan keluarganya bertahan beberapa bulan, namun ‘gaji’ OnlyFans ternyata jauh lebih lumayan.

Katanya, pendapatan tersebut kini dengan mudah mengatasi keseluruhan wang yang pernah diperolehnya sepanjang bergelar pelakon, meskipun jumlah pelanggannya pernah merosot selepas mereka menyedari kandungannya bukan bersifat eksplisit.

Kontennya lebih tertumpu kepada rambut menerusi pelbagai karakter termasuk Lavender Brown, pembantu rumah dan pari-pari, dengan segmen ‘Wet Hair Wednesdays’ antara yang paling mendapat sambutan.

Jessie mengakui pada awalnya dia bimbang dengan stigma OnlyFans kerana platform itu sering dikaitkan dengan pornografi, namun menegaskan kandungannya lebih menjurus kepada fetisysme rambut dan bukan bahan lucah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok