BARU sebulan menceburi bidang makanan dan minuman (F&B), pelakon terkenal Shaheizy Sam mengakui banyak menimba pengalaman serta pelajaran baharu sepanjang mengusahakan perniagaannya.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, berkata, dia sukar untuk memenuhi selera semua orang memandangkan setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza terutama dalam bidang makanan.
“Baru sebulan dalam bidang F&B, banyak juga saya belajar.
“Betul, kita tidak mampu hendak memuaskan ‘tekak’ semua orang kerana cita rasa masing-masing berbeza-beza.
“Tetapi sekurang-kurangnya jujurlah dengan selera kita sendiri,” katanya dalam satu hantaran Threads.
Tambah pelakon filem Polis Evo itu, setiap peniaga tidak wajar meletakkan harapan tinggi terhadap penerimaan pelanggan kualiti hidangan yang disediakan masih berada pada tahap biasa.
“Kalau rasa makanan sendiri biasa-biasa sahaja, jangan harapkan pelanggan tiba-tiba rasa hidangan itu luar biasa pula.
“Bila sudah jujur, selebihnya tawakal kepada Allah SWT supaya dibantu hantar pelanggan yang ada selera dan cita rasa sama seperti kita,” katanya yang baru membuka sebuah restoran, Abdul’ss di Shah Alam baru-baru ini.
Sebelum ini, Sam menyuarakan permintaan agar mana-mana individu yang tinggal jauh agar menghentikan niat tersebut kerana bimbang tidak dapat menyedikan kualiti dan kuantiti yang sepatutnya.-HIBGLAM

