Zila Bakarin, Amyza Aznan, Rashdan Baba sertai Kilauan Emas Selebriti

PELAKON Zila Bakarin, Amyza Aznan dan Rashdan Baba  antara peserta terawal rancangan Kilauan Emas Selebriti yang diperkenalkan Astro.

Selain tiga pelakon itu, turut diumumkan dua lagi pelakon ‘otai’ iaitu Khaty Azean dan Rahhim Omar.

Video pengenalan kelima-lima peserta itu dikongsikan Astro dalam akaun media sosial.

Kelima-lima peserta menyanyikan lagu Mulanya Disini daripada kumpulan Freedom secara bergilir.

Mereka juga dilihat menghadiri sesi temu bual istimewa bersama radio Sinar pagi ini.

Pengumuman lima peserta terawal itu membuatkan netizen teruja dan tidak sabar untuk melihat mereka beraksi di pentas Kilauan Emas Selebriti nanti.

“Barisan peserta yang menarik. Tak sangka semua ada bakat nyanyian. Makin rancak la Kak Zila dalam Threads nanti,” komen netizen.

Sementara itu, bak lima lagi peserta akan diumumkan hari ini dalam rancangan Meletop. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok