Ramai ‘restu’ cinta Amir Ahnaf, Siti Khadijah

BARU dua minggu ditayangkan, drama bersiri terbitan Viu Original, Cinta Dalam Sekam berjaya menambat hati penonton apabila merekodkan lebih 21 juta tontonan dalam media sosial.

Ternyata, gabungan Amir Ahnaf, Siti Khadijah Halim dan Haidar Hasanudin berjaya meledakkan drama 12 episod tersebut.

Kejayaan tersebut sekali gus meletakkan naskhah arahan Feroz Kader itu berjaya menduduki carta No.1 dalam platform Viu Malaysia.

Sementara peminat drama tersebut memuji gandingan Amir yang memegang watak Imran dan Siti Khadijah (Laila) yang berjaya menghidupkan ‘cinta’ untuk watak mereka.

“Menjadi betul gabungan Amir dengan Siti Khadijah, muka Melayu mereka hidupkan lagi karakter masing-masing.

“Tengok drama ini sebab suka dengan lagu temanya, Sang Penikam nyanyian Noh Salleh dengan Aina Abdul. Jiwa rasa macam kena siat bila dengar lagu itu.

“Jalan cerita mantap, lari dari drama lain sebab bosan asyik kisah curang atau Megah Holding,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok