Amyra Rosli kini hamil anak ketiga

PELAKON Amyra Rosli mengumumkan berita gembira apabila sedang hamil anak ketiga.
Tidak memperincikan maklumat tentang kehamilan, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 34, hanya menunjukkan kit ujian kehamilan kepada suaminya, Amar Baharin yang juga pelakon.
Berita gembira tersebut dikongsi bersempena hari kelahiran suaminya yang 41 tahun.
“Selamat Hari Lahir kepada lelaki yang paling bermakna dalam hidup kami.
“Semoga Allah terus membimbingmu, melindungimu, memberkati setiap langkahmu dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan, kesihatan, rezeki, pekerjaan serta keluarga.
Semoga cinta kita sentiasa mendekatkan kita kepada Allah sehingga kita dipertemukan kembali di Jannatul Firdausi (syurga), insya-Allah,” katanya dalam Instagram.
Sebelum ini, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu mengalami keguguran pada Disember 2024.
Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 9 dan Aura Aryssa, 6.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. – HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok