BARU-baru ini tular video rakaman siaran langsung Bella Astillah dalam media sosial yang Diva difahamkan ketika menjalani penggambaran sebuah drama.
Tapi paling menarik perhatian ialah kenyataan daripada Kamal Adli yang turut berlakon bersama Bella untuk drama tersebut.
Dia berkali-kali meminta orang ramai tidak mengecam sekira aksinya dengan Bella mengundang rasa tidak puas hati ramai.
“Peminat BASS jangan serang saya ya, berlakon saja.
“Kalian jangan kecam, ini lakonan.
“Saya beritahu awal-awal, berlakon ya,” katanya.
Nampaknya Kamal juga risau kalau kena serang dengan peminat BASS, iyalah mungkin ada babak-babak yang mesra atau sebagainya.
Namun, bagus juga penjelasan tersebut sebab peminat zaman sekarang lain macam, suka serang tanpa usul periksa.
DIVA: Ramai tak sabar nak tengok wajah anak lelaki Fattah dan Amira, mesti comel.
