Fasa bahagia, nikah Julai ini – Datuk Red

USAHAWAN Datuk Adnan Abu atau Datuk Red mengesahkan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Rohanita pada Julai depan.

Red, 46, berkata, dia kini berada dalam fasa bahagia namun dalam masa sama enggan berkongsi terlalu banyak mengenai hari bahagianya itu.

“Alhamdulillah akan berlangsung pada bulan Julai depan di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah di fasa bahagia, bukan majlis besar-besaran.

“Saya kalau boleh tak mahu kongsi banyak sebab nanti orang cakap macam-macam seperti tuduh saya tidak ‘move on’,” katanya kepada HibGlam selepas prosiding tuntutan pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Gombak Barat, hari ini.

Ujarnya, majlis tersebut akan berlangsung secara sederhana yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Hanya diadakan secara kecil-kecilan, makan bersama keluarga seperti majlis kesyukuran saja,” ujarnya.

Kehadirannya ke mahkamah hari ini juga turut ditemai Rohanita yang juga ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.

Terdahulu, Datuk Red bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) sengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei 2024.

Tidak lama kemudian, Datuk Red bercerai talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024.

Sebelum itu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok