1
SELALUNYA penonton dihidangkan dengan drama suami curang dengan isteri tetapi sebaliknya pula dalam drama Luka Di Hujung Setia.
Drama arahan Raja Mukhriz itu mengisahkan Dhia lakonan Zara Zya yang memilih untuk meninggalkan suami, Irsyad (Adi Putra) dan anaknya di kampung demi mencari rezeki di ibu kota.
Namun, keakraban Dhia dengan majikannya iaitu Irfan Zaini mencetuskan rasa sangsi sehingga merenggangkan hubungannya dengan Irsyad.
Ramai juga melabel Irsyad sebagai suami dayus kerana tidak bertegas dan menghalang isterinya daripada terus bekerja.
Naskhah 28 episod yang mula ditayangkan sejak 2 Jun lalu itu mengisi slot Akasia, Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam. – HIBGLAM
