Solek Amira, Fattah Amin buat ramai terhibur

BEBERAPA hari lalu, nama Amira Othman dan Fattah Amin kembali menjadi bualan netizen dalam media sosial.

Bukan kerana gosip atau cerita sensasi sebaliknya gelagat Fattah ketika menyolek Amira dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini.

Menerusi video tular tersebut, Fattah dilihat berusaha melukis ‘eyeliner’ pada mata isterinya, namun gelagat naifnya yang tidak mengetahui tentang solekan membuatkan ramai terhibur.

Sabar betul Amira melayan perangai ‘masuk air’ Fattah tetapi itu yang jadi kunci kebahagiaan mereka.

“Seram tengok Fattah nak solek mata isteri, Amira pula memang penyabar betul,” usik netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok