Betul ke Redza Rosli tengking peminat?

NAMA Redza Rosli tiba-tiba meletup dalam media sosial apabila seorang peminat mendakwa pelakon itu bersikap kasar ketika ditegur.

Dakwaan tersebut segera mengundang pelbagai reaksi, ada terkejut, ada mempertahankan. Diva sendiri tertanya-tanya, benarkah sikap sebenar Redza begitu atau sekadar salah faham?

Artis RR tu bajet hensem, dia lalu tepi dalam kedai, aku tegur ‘hai’ je. Dia balas sambil tolak stroller anak. Aku puji anak dia comel sambil pegang telefon, tak rakam pun. Tiba-tiba dia marah dan tengking ‘tolong jangan record!’ Ya Allah, terkejut kami semua.

“Sumpah satu kedai diam. Perasan artis sampai macam itu sekali. At least cakap elok-elok. Ini belum apa-apa dah naik suara. Terus rasa menyampah tengok dia,” dakwa individu tersebut.

Jika benar, Diva harap Redza perbaiki pendekatan, dunia artis tidak lari daripada peminat, namun dalam masa sama, mungkin juga dia sekadar menjaga privasi anak. Jangan cepat menghukum sebelum dengar kedua-dua sisi.

DIVA: Ada pula pelakon terlalu ‘method’, sampai jawab soalan wartawan pun macam tengah berlakon, penat juga nak hadap!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok