“SHE is ready (Dia sudah bersedia).”
Demikian hantaran video dikongsikan aktres versatil, Nabila Huda mengenai aktiviti jualan pasta dan sos buatannya di sebuah lokasi, semalam.
Lengkap mengenakan apron, pelakon filem filem Libang Libu itu kelihatan akur mendengar saranan netizen agar mengikuti tatakelola berpakaian dalam menyediakan makanan untuk jualan umum.
Paling mencuri perhatian apabila Nabila atau mesra disapa Abil mengenakan tanda nama ‘Certified ThypoidQueen’ menunjukkan dia sudah mendapatkan suntikan tifoid.
Sebelum ini, pelakon berusia 42 tahun itu ditegur kerana didakwa berpakaian kurang sopan iaitu mendedahkan bahu tanpa apron ketika mengendalikan jualan pasta di food truck atau kendera saji sewaannya.
Selain itu, seorang pengguna lain yang mendakwa pegawai kesihatan menyarankannya mengikuti kursus pengendalian makanan serta mendapatkan suntikan tifoid.
Biarpun Nabila kemudiannya meluahkan perasaan seolah-olah merajuk dikecam hanya kerana pakaian sedikit terdedah, hasrat berkongsi resipi pasta serta sos lazat buatan sendiri tetap diteruskan.
Sekali gus, penambahbaikan yang dilakukan selebriti kesayangan ramai itu mendapat pujian nerizen yang rata-rata kagum dengan keterbukaannya.
“Orang tegur, dia terima dan buat. Itu yang paling istimewa tentang dia,” tulis seorang pemilik akaun Instagram. – HIBGLAM
