Kena samun, kepala Keegan Allen berdarah

PELAKON siri popular Pretty Little Liars, Keegan Allen menjadi mangsa rompakan bersenjata di West Hollywood, California, sehingga mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Dalam Insiden yang berlaku pada malam 8 Oktober lalu itu, Allen diserang dua lelaki yang membawa senjata api dan pisau sebelum mengalami luka pada kepala selepas dipukul salah seorang penyerang.

Insiden membabitkan Allen yang terkenal menerusi watak Toby Cavanaugh dalam siri itu mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan awam termasuk selebriti di kawasan tumpuan orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Allen turut menyeru Gabenor California, Gavin Newsom serta Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass, membantu usaha mengesan dua lelaki yang menyerangnya.

Hakikatnya, kes berkenaan menambah senarai kejadian jenayah membabitkan selebriti di kawasan Los Angeles dan sekitarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok