Serang pramugari, Selma Blair bakal dipenjara?

BINTANG filem Legally Blonde, Selma Blair berdepan kemungkinan dipenjara dua hingga tujuh tahun selepas didakwa atas dua pertuduhan serangan tahap kedua beberapa individu dalam penerbangan Delta dari Los Angeles ke New York, pada Ahad minggu lalu.

Aktres berusia 54 tahun itu mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah sehari selepas kejadian, namun dibebaskan dengan ikat jamin selepas mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM84,000.

Blair didakwa menyerang pramugari, pegawai polis, pihak berkuasa pelabuhan dan seorang jururawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguamnya mendakwa kejadian itu berpunca daripada kekeliruan serius selepas dia terlepas dos ubat, selain keletihan melampau akibat kerja dan kecederaan kepala yang dialaminya sebelum penerbangan.

Prosiding seterusnya ditetapkan pada 19 Januari 2027, malah kes berkenaan menjadi satu lagi episod mencabar buat Blair yang sebelum ini pernah terbabit dalam insiden melakukan kekacauan dalam pesawat pada 2016. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok