Tayang gambar dengan Fazura, Que nak beri ‘hint’?

RASANYA sahaja nama Que Haidar jadi topik bualan Diva dengan rakan ‘bermulut pedas’ beberapa hari lalu kerana sudah jarang nampak kelibatnya membuat siaran langsung dalam media sosial.

Tiba-tiba dia buat kejutan dengan memuat naik foto bersama seorang wanita yang difahamkan Fazura.

Kurang sehari dimuat naik, foto tersebut dibanjiri dengan ribuan komen dan tanda suka daripada peminat yang rata-ratanya memberi ‘restu’ sekiranya ada berita menggembirakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudahlah foto berdua, Fazura macam tayang cincin di jari manis pula, ada nak beri ‘hint’ apa-apa ke?

“Adakah kapal mereka masih belayar? Kalau benar, nak doa banyak-banyak!” komen netizen.

Menariknya, lagu yang digunakan Que untuk hantaran tersebut adalah Jatuh Cinta Lagi, sekali gus mengundang lebih banyak tanda tanya ramai.

Jika benar ‘kapal’ mereka masih belayar, kita doakan destinasi yang dituju adalah sebuah pelabuhan yang indah. Benda baik perlu didoakan.

DIVA: Baru muat naik foto, peminat sudah sibuk mencari nama gelaran untuk Fazura dan Que.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok