‘Saya malas dandan rambut, umur pun dah nak dekat 50’

SERING kelihatan tampil dengan imej menutup kepala, pelakon Nazia Mustafar menjelaskan masih dalam fasa awal dan belum lagi berhijab sepenuhnya.

Nazia atau nama penuhnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 44, bagaimanapun mengakui selesa menggayakan topi atau baju berpenutup kepala (hoodie) sebagai langkah ‘percubaan’ untuk menutup aurat ketika berada di luar rumah.

Bertudung? Belum lagi, Kadang-kadang bila dah berusia begini memang terdetik. Tapi kita nak pakai sendiri tak nak dipaksa sesiapa.

“Sebenarnya kalau nak ikutkan memang wajib tapi saya cuba-cubalah ke arah itu.

“Insya-Allah doa yang baik-baik untuk saya. Saya cuba-cuba, keluar pun kadang-kadang pakai topi, ‘hoodie’ sebab menutup aurat tak semestinya kena bertudungkan,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, pelakon filem Sue-On itu memaklumkan imej menutup kepala sebenarnya bermula daripada rasa malas untuk menguruskan rambut selepas aktif memasak di kedai makannya.

Sebenarnya bermula saya malas nak ‘adjust’ (mendandan) rambut, dahulu saya jaga. Kita pula masak selalu pakai skop hari-hari.

“Bila nak keluar, saya macam tak perlulah, bertudunglah. Lama-lama rasa macam pakai sajalah, okey juga,” jelasnya.

Pada masa sama, Nazia mendedahkan suaminya sering memberi galakan untuk mengenakan hijab dan berharap agar dapat berubah suatu hari nanti.

“Suami saya memang selalu cakap (pakai tudung). Saya pun suruh dia doakan saya.

“Saya fikir saya dah nak dekat 50 tahun, mungkin nanti. Tak nak isytiharkan apa-apa, semoga adalah,” ujarnya.

Sebelum ini, spekulasi mengenai imej terbaharunya mula timbul apabila Nazia sering dilihat mengenakan hijab dalam beberapa perkongsian dalam media sosial, terutamanya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini. –HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok