1
TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba Diva dengar gosip Hariz Hamdan dan Tracie Sinidol bercinta tetapi tidaklah percaya membabi buta.
Katanya, dakwaan tersebut muncul selepas tular video mereka mempromosikan sebuah jenama produk penjagaan kulit baru-baru ini.
Tidak dinafikan, memang nampak mesra sehingga ada netizen dakwa mereka benar-benar bercinta.
Tapi Diva rasa mungkin hanya konten atau gimik mempromosikan produk tersebut. Boleh jadi juga gimik untuk drama terbaharu lakonan mereka.
Kalau betul bercinta, Diva doakan berkekalan cuma jika tidak sekali pun, semoga berbahagia ya.
DIVA: Bosanlah dengan gimik zaman sekarang, apa kata terus kahwin saja?
