MALANG tidak berbau, penyanyi Didi Astillah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh dari tangga
Menerusi perkongsian ibunya, Eina Astillah, Didi dilihat terbaring di atas katil sambil menahan kesakitan, malah dibahagian kanan dahi ada lelehan darah.
Semoga baik-baik sahaja,” tulisnya ringkas.
Perkhabaran sama turut dikongsikan seorang pengguna Threads dipercayai kenalan rapat Didi, sekali gus mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat.
Didi kemalangan jatuh tangga malam tadi. Semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah,” tulisnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain menitipkan doa agar pelantun lagu XOXO itu segera pulih daripada kecederaan dialami.
“Semoga Didi cepat sembuh, tengok gambar pun rasa ngilu.
“Ya Allah, moga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan segera.
“Harap tak serius, kuat ya Didi,” tulis beberapa netizen.
Dalam masa sama, terdapat juga segelintir pihak berharap agar adik kepada Bella Astillah itu lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – HIBGLAM
