Majlis rumah terbuka anjuran Noor Nabila baru-baru ini bukan hanya meriah dengan tetamu hebat-bebat, malah mata Diva tidak lepas meneliti aksesori di pergelangan tangannya.
Jam tangan mewah digayakan kakak Neelofa itu mencuri fokus hingga menjadi topik hangat dalam Threads.
Ada mendakwa nilai jamnya sahaja mencecah RM250,000, satu angka yang membuatkan Diva dan orang ramai ternganga.
Perkara itu disahkan pempengaruh dikenali sebagai Mirzan Johor menerusi video TikTok yang memaklumkan jam tersebut daripada jenama Cartier, model Baignoire bertatahkan berlian.
Harganya sekitar RM252,000. Itu sudah boleh beli sebuah apartmen,” jelasnya.
Ruangan komen pula dibanjiri reaksi kagum, tidak kurang juga terkejut melihat gaya hidup serba mewah Nabila.
Bagi Diva tiada apa yang perlu dihairankan, Nabila memang dikenali sebagai figura berjaya dalam dunia bisnes. Diva? Pakai jam Casio pun sudah rasa ‘berkilau’ satu kampung!
DIVA: Ke mana menghilangnya Nadeera? Selepas Bukan Lagi Kita, sunyi tanpa khabar. Sekadar one hit wonder ke?
