1
PELAKON Uqasha Senrose membuatkan ramai terhibur apabila memuat naik video TikTok bersama puterinya, Hawra Uqaira baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Uqasha dilihat menyanyikan lagu bahasa Arab berjudul Sabry Aalil milik Sherine.
Lucunya, dia menyanyikan lagu tersebut sambil meminta Hawra tidur.
Tidur anak, sudah pukul 11 malam,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Video tersebut meledak sehingga meraih lebih 400,000 tontonan dan meraih pujian ramai pengikut akaun media sosialnya.
“Makin cantik Uqasha, Hawra pun semakin comel dan pintar.
“Lama tidak nampak video Uqasha gembira begini, seronok tengok,” kata pengikut TikToknya.
