‘Tak benci, apa mereka tulis melambangkan diri mereka’

TIDAK putus dihujani kecaman, pelakon Ruhainies tidak pernah terfikir untuk membalas semua kata-kata negatif netizen yang membanjiri akaun media sosialnya sebelum ini.

Menurut Ruhainies, 33, dia menganggap kehidupan individu yang menulis kecaman dalam media sosial adalah membosankan.

“Ada yang tanya saya kenapa tidak maki semula ‘haters’ dalam media sosial.

Selalunya yang jenis begini rasa nak marah tetapi kadang-kadang comel juga.

“Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan sendiri. Sebab kalau sibuk atau gembira dengan hidup, tak mungkin nak komen dalam Instagram orang lain,” katanya.

Tambah bintang drama Cukup Derita Itu, prinsip itu bukan untuk menunjukkan dirinya individu berhati mulia sebaliknya berasa kasihan dengan golongan sebegitu.

“Jadi, saya pun hanya bersangka baik sahaja. Kalau rimas, saya padam.

Nak rasa benci pun tidak sebab apa yang mereka tulis melambangkan diri mereka sendiri kepada saya.

“Maka, sebab itu saya tak marah, lebih kepada simpati,” ujarnya.

Terdahulu dan sehingga ke hari ini, Ruhainies antara selebriti yang kerap dihujani dengan kecaman dalam media sosial.

Antara pencetus utama dia sering menjadi mangsa netizen ialah selepas ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada Mac tahun lalu di kediamannya di ibu negara. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok