‘Dakwaan tiduri wanita itu bohong, saya masih teruna’

PELAKON Indonesia, Jefri Nichol mengakui hilang tawaran kerja dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan pernah meniduri lebih 20 wanita.

Jefri, 26, memaklumkan kontroversi hangat melibatkan kenyataan dalam satu audio siar hanyalah satu gurauan dan rekaan semata-mata.

“Saya hanya bergurau dalam podcast (audio siar) itu, sumpah.

“Saya hilang beberapa kerjasama dengan jenama-jenama besar kerana cerita itu,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna TikTok.

Dalam masa sama, pelakon filem Dear Nathan itu turut memberitahu bahawa dia belum pernah melakukan hubungan intim sepanjang dalam dunia lakonan.

“Semua yang saya katakan mengenai wanita itu adalah bohong, saya masih teruna,” ujarnya.

Sebelum ini, teman lelaki kepada pempengaruh Ameera Khan itu mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka berkongsi tentang kehidupan seksualnya yang melampau.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok