Abby Abadi dan maafkan Marisssa, mana Aslam?

KALAU nak menyingkap semula minggu ini, memang banyak betul kemelut keluarga yang berlaku tapi syukur semuanya sudah berakhir dengan aman.

Paling kecoh pastinya luahan Abby Abadi yang tiba-tiba ‘naik hantu’ tentang menantunya, Aslam dan mendedahkan bekas suami, Norman Hakim mengabaikan nafkah anak-anak sejak bercerai.

Namun, ribut taufan yang dicetuskan Abby terus reda apabila Norman dan anak perempuannya, Marissa membuat kejutan bertemu dengannya untuk meminta maaf.

Kasih seorang ibu, Abby memaafkan dan isu antara mereka pun selesai, semudah itu.

Rentetan itu, ramai memuji Abby kerana mudah memaafkan bahkan mengakui dirinya dihasut syaitan juga.

“Anak buat perangai macam mana sekali pun, hati ibu memang mudah lembut dan memaafkan.

Harap Marissa dan Norman tak ambil kesempatan dengan kelembutan hati Abby ya.

“Kenapa hanya Marissa, mana Aslam. Sepatutnya dia perlu ada dalam situasi ini juga,” komen netizen.

Betul juga, Aslam sepatutnya muncul juga, sebab dia boleh dikatakan antara semua kemelut ini berlaku. Cepatlah munculkan diri ya.

DIVA: Rasa-rasanya, filem Blood Brothers mampu kalahkan kutipan Mat Kilau atau tidak?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok